NEWS
Highland Towers Bakal Dibangunkan Sebagai Taman Rekreasi?
Siapa sangka bangunan Highland Towers yang terkenal dengan kisah seram kini bakal dibangunkan menjadi sebuah taman rekreasi. Perkara ini disahkan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin.
Menurutnya, struktur tanah di kawasan itu sememangnya tidak sesuai untuk pembinaan rumah. Jelasnya, ia kemudian diusulkan supaya dibangunkan menjadi taman rekreasi.
“Pembinaan taman rekreasi bakal memberi memanfaatkan kepada penduduk sekitar Ampang. Bagaimanapun, pelan ini masih dalam perancangan dan masih diperhalusi butirannya,” katanya menerusi Harian Metro.

Kejadian itu berlaku pada 11 Disember 1993 dan disifatkan sebagai tragedi bangunan runtuh terburuk Malaysia.

Must-Watch Video