Video mengenai seorang wanita yang berada dalam keadaan bogel dan dipukul dengan botol kaca seperti mana tersebar di media sosial semalam menarik perhatian ramai.
Merujuk video tersebut, mangsa dipercayai dipukul dengan dua botol kaca dan aksi itu dirakam menerusi telefon bimbit. Susulan kejadian itu, keluarga mangsa mahu pihak polis mengambil tindakan tegas terhadap suspek yang bertanggungjawab dalam kejadian itu.
Dalam laporan Harian Metro, ibu mangsa dikenali sebagai Ani, menyatakan hanya mengetahui kejadian yang berlaku pada anaknya pada Sabtu lalu apabila diberitahu anak keduanya yang menetap di Kuala Lumpur.
Insiden dipukul itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan serius di badan, kepala dan dirawat lapan jahitan di dahi. Ibu mangsa turut membuat laporan polis di Balai Polis Kubang Kerian, Kelantan dan menyatakan anaknya itu tidak pernah menjalinkan hubungan cinta dengan suami orang.