Skip to main content

Business News

Ingatkan Barang, Rupanya Ular Yang Dihantar Guna Pos Laju!

ular4.jpg

Sudah nak masuk tahun 2019, masih ada orang yang berkelakuan zalim dan tak berperikemanusiaan.

 

Tular di media sosial apabila Pos Malaysia semalam mengesan seekor ular sawa dikirim menggunakan perkhidmatan Pos Laju.

 

Advertisement

Ular bersaiz lengan orang dewasa dan masih hidup itu dikesan selepas seorang kakitangannya berasa curiga de­ngan sebuah kotak sebesar kotak kasut bertanda 'pending' bergerak-gerak ketika ia dalam proses untuk dihantar kepada penerimanya.

 Nak hantar kat siapa tu?

Tanpa diketahui di mana cawangan Pos Laju tersebut, kejadian ini mendapat perhatian serius pihak Pos Malaysia.

 

Memetik jurucakap Pos Malaysia di Harian Metro, perbuatan mengirim bungkusan yang mengandungi haiwan, termasuklah serangga, telur, larva, burung dan gading adalah dilarang sama sekali.

 

Bukan sahaja berisiko, tindakan itu juga mengancam keselamatan petugas Pos Malaysia dan orang awam selain menjejaskan operasi syarikat.

Must-Watch Video