,
News

Isu 'Doktor': Universiti Hertfordshire Menafikan Mereka Mempunyai Rekod Azizan Osman

Azwa Rahman
07/10/2016
02:34 MYT
Kumpulan Richworks telah tampil memberi penjelasan mengenai isu ijazah kedoktoran pakar motivasi, Azizan Osman, yang didakwa tidak wujud semalam.
Richworks, yang ditubuhkan pada 2008, merupakan sebuah syarikat penganjuran seminar berkaitan pembangunan kemuncak prestasi dalam bidang perniagaan dan keusahawanan serta pembelian barangan dalam talian.
Dalam satu kenyataan akhbar yang dimuat naik di Facebook Azizan Osman, Richworks berkata pihaknya kesal dengan kekeliruan yang timbul berkaitan status kelayakan Dr. Azizan Osman. Mereka juga telah membuat laporan polis mengenai isu ijazah kehormat dari Universiti Malaya kerana ada kemungkinan pihak mereka telah diperdaya oleh individu-individu tertentu yang tidak mewakili universiti berkenaan.Menurut kenyataan itu lagi, Dr Azizan berkelulusan Doktor Sains (Metafizik) dari Gordon University, Bradenton, Florida, Amerika Syarikat sejak 2009. Selain itu, Dr. Azizan telah memenuhi semua syarat-syarat untuk Doktor Falsafah (Psikologi) dari Universiti Hertfordshire, United Kingdom. Konvokesyen beliau di Universiti Hertfordshire dijangka berlangsung dalam masa yang terdekat.
Namun menurut sumber dari Luqmanul Hakim Abd Rahim dan Facebook Tentera Troll Kebangsaan Malaysia, pihak Universiti Hertfordshire telah mengeluarkan surat menafikan beliau mempunyai rekod di universiti tersebut.
Related Topics
Must-Watch Video
Sukan

Tumpaskan Lawan Dalam Tempoh 3 Minit, Jojo Ghazali Bawa Pulang Bonus ASD50,000

gempak
07/09/2024
02:05 MYT
Bintang Muay Thai meningkat naik, Johan 'Jojo' Ghazali Zulfikar, menepati ramalan apabila menumbang Josue Cruz di pusingan pertama saingan One FC 168 di Denver, Kanada.
Viral

Nani Roslan Jadi Emosi Baca Komen Ibu Bapa Pertahankan ‘Abang Bas’ - “Berapa Ramai Rakyat Malaysia Yang Mempunyai Nafsu Terhadap…”

gempak
07/09/2024
01:55 MYT
Pempengaruh dan personaliti Nani Roslan meluahkan rasa berang apabila dia membaca komen reaksi segelintir ibu bapa menyokong video konten ‘Abang Bas’ yang tular di TikTok.
Terkini

Hantaran Di IG Astro Malaysia Digodam & Tiba-Tiba Jadi Kabur... Apa Dah Jadi Ni?

gempak
05/09/2024
10:18 MYT
Sempena minggu akhir drama Dari Mata Turun ke Hati, Astro Malaysia telah memuatnaik 9 video memaparkan sedutan drama tersebut di Instagram.
Berita

“Terima Kasih Malaysia Atas Bantuan, Sokongan Diberikan” - Warga Palestin

gempak
05/09/2024
05:25 MYT
"Terima kasih kepada rakyat Malaysia atas bantuan dan sokongan yang diberikan kepada rakyat Palestin", kata Banan Salmi Ahmad Abu Ratimah, 28, ketika ditemui di Hospital Angkatan Tentera (HAT) Tuanku Mizan, Kuala Lumpur.
Sukan

Ziyad Hadiahkan Malaysia Perak Dari Paralimpik Paris 2024 - “Lega Rasanya Kerana Detik Tersebut Memang Menghantui Saya Sejak…”

gempak
04/09/2024
00:25 MYT
Hasrat jaguh olahraga para negara, Muhammad Ziyad Zolkefli untuk merampas kembali pingat emas lontar peluru lelaki F20 (kecacatan intelektual) di Sukan Paralimpik Paris 2024 tidak kesampaian.