NEWS
'It's Dark Inside, I Want To Save That Light' - Posting Pramugari Lion Air Buat Ramai Sebak
Hari ini dunia dikejutkan dengan satu lagi insiden nahas penerbangan kapal terbang dan kali ini membabitkan pesawat Lion Air JT610r.
Pesawat terbabit dipercayai terhempas di utara laut Karawang, Jawa Barat selepas berlepas dari Jakarta pada pagi Isnin.
Menurut laporan awal, terdapat 189 penumpang dan anak kapal di dalam penerbangan itu termasuk dua bayi, seorang kanak-kanak, dua juruterbang dan enam kru kabin.
Media sosial baik Facebook, Twitter, mahupun Instagram kini dibanjiri dengan perkongsian mengenai insiden berkenaan.
.jpg)
Namun paling menarik perhatian kami adalah status yang dimuat naik oleh seorang daripada pramugari pesawat terbabit.
'It's dark inside, i want to save that light' (gelap di dalam ni, saya mahu selamatkan cahaya itu).
Demikian caption yang dimuat naik Alfiani Hidayatul Solikah bersama sekeping gambar di Instagramnya baru-baru ini.
Ketika misi mencari dan menyelamat, pihak berkuasa turut menemui pelbagai serpihan yang dipercayai daripada badan pesawat termasuk barangan peribadi milik mangsa seperti beg tangan.
Serpihan terbabit kemudiannya diperiksa di dalam kapal penyelamat yang dikerahkan dalam usaha pencarian.