Hari ini kecoh mengenai khabar angin mendakwa 31 Januari ini adalah cuti awam kerana kononnya ia merupakan Hari Pertabalan Yang di-Pertuan Agong.
Dakwaan yang disebarkan menerusi WhatsApp itu membuatkan ramai teruja memandangkan tarikh tersebut jatuh pada Khamis, sekali gus memberi peluang kepada orang ramai untuk merancang percutian panjang.
Keesokannya iaitu Jumaat adalah cuti umum Hari Wilayah Persekutuan manakala cuti Tahun Baru Cina pula akan disambut pada 5 dan 6 Februari.
Walau bagaimanapun Pusat Panggilan Kerajaan Malaysia (MyGCC) melalui kenyataan dikeluarkan mengesahkan bahawa tarikh tersebut sebenarnya mesyuarat Majlis Raja-Raja yang ke-252 (khas) Istiadat Melafaz dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan.

"Tiada cuti diwartakan untuk tarikh tersebut kerana hanya mesyuarat dan bukan Hari Pertabalan Yang di-Pertuan Agong.
"Pemakluman berkaitan cuti Hari Pertabalan Yang di-Pertuan Agong akan diwartakan dan dihebahkan melalui bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan selepas mesyuarat tersebut selesai," menurut kenyataan itu.