Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
News

Jangan Terkejut, Tapi Ini 51 Senarai Sungai Tercemar Di Malaysia Setakat Ini!

Hanafis Haris 15/03/2019 | 04:39 MYT
Baru-baru ini kita dikejutkan dengan insiden pencemaran dan keracunan gas di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang Johor. Hasil sampel air yang diambil mendapati terdapat bahan kimia D-Limonene, Benzene, Toulene, Xylene dan Ethylbenzene ditemui.
Malah menurut laporan Kosmo Online, terdapat 252 kilang memproses bahan kimia di sekitar Pasir Gudang. Persoalannya adakah sungai di negara kita benar-benar selamat dan tidak tercemar.
Untuk makluman anda, dua tahun lalu, Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah mendedahkan senarai 51 sungai tercemar berdasarkan Laporan Kualiti Alam Sekeliling.
Menurut laporan itu 24 sungai berada pada Kelas Tiga, 26 sungai Kelas Empat, dan sebatang sungai Kelas Lima.
Terdapat lima kelas kesemuanya dan kelas 1 boleh dikatakan paling baik dan masih dalam keadaan semulajadi. Kelas 2A pula airnya memerlukan rawatan konvensional manakala Kelas 2B boleh digunakan untuk rekreasi.
Kelas 3 memerlukan rawatan air intensif dan kelas 4 hanya untuk tujuan pengairan. Kelas yang paling teruk diklasifikasikan sebagai kelas 5.
Antara sebab menyebabkan sungai tercemar adalah akibat aktiviti industri, kumbahan, penternakan, dan sikap membuang sampah sesetengah masyarakat.
Jadi di Malaysia ini sungai manakah yang berada di kelas ke-5? Anda boleh lihatnya di bawah.
Terkejut bukan? Jadi, sama-samalah kita menjaga kebersihan sungai kita. Mungkin sudah tiba masanya kita tidak terlalu bergantung kepada inisiatif kerajaan semata-mata.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Anda sebaliknya boleh memulakan usaha sendiri dengan menyertai sukarelawan seperti mana dilakukan organisasi di atas.
#Malaysia #Malaysia
;