Skip to main content

Business News

Jep Sepahtu dan Sari Yanti Berkahwin Di Majlis Tertutup

jep-dan-sari-01.jpg

Akhirnya Sari Yanti, 33, dan cinta hatinya, Jep Sepahtu, 32, mengejutkan ramai pihak dengan melangsungkan pernikahan mereka di Dewan Mercu, Mustapha Kamal di Petaling Jaya kira kira hampir 12 tengah hari  tadi. Majlis diadakan secara tertutup tanpa liputan rakan media.

Selama ini hubungan kedua mereka mereka menjadi tanda tanya. Ia menjadi perkahwinan kedua Sari Yanti yang mempunyai dua anak hasil perkahwinan terdahulu

Sinar FM turut menjadi penyiar rasmi majlis mereka kerana Jep turut bergelar penyampai radio di stesen radio berkenaan. Selamat berbahagia Sari Yanti dan Jep.

Sari dan suaminya, Jep sejak tahun lalu mencetuskan spekulasi cinta mereka.

Ia bermula dengan gambar usikan ‘panahan cinta’ antara mereka di laman Instagram yang  sedikit sebanyak memberi bayangan secara jelas kedua-duanya seakan dilamun cinta.

Ketika itu biarpun tiada kenyataan rasmi, ramai yang bagaikan sudah mengagak yang pasangan ini menjalinkan cinta.

Bulan lalu,luahan spontan Sari dengan menulis komen ‘Handsomenya’ dan ‘I Love You’ ketika Jep melakukan ‘live’ di laman Instagramnya juga menarik perhatian ramai. Apatah lagi ada yang sempat membuat paparan skrin terhadap komen terbuka itu.

Jep sebelum ini turut meluahkan yang beliau bersedia menerima pelakon jelita itu sebagai teman hidup andai wanita itulah yang ditakdirkan sebagai jodohnya. Jep juga ketika itu selesa mengkelaskan  hubungan mesra antara mereka sebagai teman baik.

Sari berpisah dengan bekas suaminya, Mohd Eddy Casmadi dengan cerai secara tebus talak pada 11 Disember 2014. Menerusi perkahwinan itu, mereka dikurniakan anak bernama Barr Al Aly dan Basit Al Haq.

Sari Yanti pada majlis pernikahannya menggayakan rekaan Cosry. Tahniah Jep Sepahtu dan Sari Yanti daripada team Rojak Daily Kaw! Semoga berbahagia hingga ke jannah!

 

Must-Watch Video