NEWS
Jersi 'Home' Baharu Skuad Kebangsaan Harimau Malaysia Bertukar Hitam
Nike telah memperkenalkan Jersi baharu skuad kebangsaan, Harimau Malaysia untuk digunakan bagi tahun 2016 hingga 2018.
Jika sebelum ini jersi ‘home’ menggunakan warna kuning sebagai warna utama, tahun ini menyaksikan jersi ‘home’ menggunakan warna utama hitam untuk memberi pembaharuan buat peminat bola sepak negara.

Gambar: Twitter @AtletMalaysia
Jersi ‘away’ pula menggunakan warna utama putih dan ia akan mula digunakan oleh skuad Harimau Malaysia pada kejohanan Piala Suzuki AFF 2016 dengan saingan Kumpulan B di Yangon, Myanmar bermula Ahad ini.
Gambar: Twitter
Semalam ada netizen mempersoalkan mengapa logo FAM digunakan di jersi skuad kebangsaan ini dan bukannya bendera Malaysia seperti tiga jersi terdahulu 2010-2012, 2012-2014 dan 2014-2016.Mana logo bendera Malaysia ????? Depa main untuk MALAYSIA keee atau untuk FAM ni haa please laaa #HarimauMalaysia ? https://t.co/W0BqfpXvUO— Muhammad Zakwan ? (@muhammadzakwans) November 15, 2016
Would be nicer if @HarimauMY could use their new logo instead of @FAM_Malaysia on the new team kit. pic.twitter.com/JJd5N5rEVj— Faliq Firdaus (@faliqfirdaus) November 15, 2016
Bagus letak logo FAM dr Bendera, tau sebab apa? Kalau kene rogol 10-0 xde la rasa hina sgt ada bendera Malaysia didada.— MY Football Liga (@MY_footballliga) November 15, 2016
According to Nike, @FAM_Malaysia wanted their logo on the new @HarimauMY jersey.— Vijhay Vick (@vijhayvick) November 15, 2016
Penat-penat tukar nama Harimau Malaysia, buat pertandingan cipta logo Harimau Malaysia, last-last logo FAM jugak... https://t.co/WUsf9xlOBT— Sukan Star (@sukanstar) November 15, 2016
FAM mengulas bahawa logo federasi adalah ‘standard’ yang biasanya digunakan di bahagian dada jersi kebangsaan. Jika dilihat pada kejohanan Euro 2016, Copa America 2016 dan Piala Asia 2015 sekali pun, hampir kesemua negara menggunakan logo federasi atau pun logo pasukan di jersi masing-masing. Malah dengan penggunaan logo federasi, jersi ini lebih eksklusif melambangkan jersi bola sepak dan bukan jersi sukan lain.-Tukarlah logo tu, Pakai bendera Malaysia.-Main bola untuk negara bukan untuk FAM.-Bla... Bla.. Bla.. Bla.. (malas nak sembang panjang) pic.twitter.com/4iCqtT5Wru— MY Football Liga (@MY_footballliga) November 15, 2016
Jersi baharu Harimau Malaysia ini akan mula dijual hari ini di rangkaian kedai sukan Al-Ikhsan di seluruh negara dengan harga RM289.
Must-Watch Video