NEWS

Jersi 'Home' Baharu Skuad Kebangsaan Harimau Malaysia Bertukar Hitam

Azwa Rahman 16/11/2016 | 07:55 MYT
Nike telah memperkenalkan Jersi baharu skuad kebangsaan, Harimau Malaysia untuk digunakan bagi tahun 2016 hingga 2018.
Jika sebelum ini jersi ‘home’ menggunakan warna kuning sebagai warna utama, tahun ini menyaksikan jersi ‘home’ menggunakan warna utama hitam untuk memberi pembaharuan buat peminat bola sepak negara.
source: imgur.com
Gambar: Twitter @AtletMalaysia
Jersi ‘away’ pula menggunakan warna utama putih dan ia akan mula digunakan oleh skuad Harimau Malaysia pada kejohanan Piala Suzuki AFF 2016 dengan saingan Kumpulan B di Yangon, Myanmar bermula Ahad ini.
source: imgur.com
Gambar: Twitter
Semalam ada netizen mempersoalkan mengapa logo FAM digunakan di jersi skuad kebangsaan ini dan bukannya bendera Malaysia seperti tiga jersi terdahulu 2010-2012, 2012-2014 dan 2014-2016.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

FAM mengulas bahawa logo federasi adalah ‘standard’ yang biasanya digunakan di bahagian dada jersi kebangsaan. Jika dilihat pada kejohanan Euro 2016, Copa America 2016 dan Piala Asia 2015 sekali pun, hampir kesemua negara menggunakan logo federasi atau pun logo pasukan di jersi masing-masing. Malah dengan penggunaan logo federasi, jersi ini lebih eksklusif melambangkan jersi bola sepak dan bukan jersi sukan lain.
Jersi baharu Harimau Malaysia ini akan mula dijual hari ini di rangkaian kedai sukan Al-Ikhsan di seluruh negara dengan harga RM289.
#Football #Football