Menteri Belia Dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman semalam membuat kejutan di media sosial apabila memuat naik gambar beliau mendekati golongan penagih.

Ahli Parlimen Muar itu dilihat 'turun padang' ke lorong sekitar bandaraya bagi melihat keadaan golongan yang menghuni kawasan berkenaan atau lebih khususnya penagih dan bekas penagih.

Menerusi Twitter, beliau menyatakan yang dadah adalah musuh utama negara, namun kita sebagai rakyat yang prihatin tidak seharusnya mengendahkan golongan terbabit.

Contoh yang baik.
"Kalau bukan kita, siapa lagi? We must get close to them to bring them back to the right path," katanya.

Gambar terbabit telah mendapat reaksi positif netizen yang rata-rata memuji usaha Syed Saddiq mendekati penagih dan bekas penagih.