Macam-macam teknik pemasaran yang cuba dilakukan peniaga di luar sana. Ada yang buat gimik tidak kurang juga yang menggunakan elemen agama untuk melariskan perniagaan. Sejauh mana kejujuran mereka, hanya tuhan sajalah yang tahu.

Terbaru, ada jualan baju jubah yang dikatakan mujarab atau kalis bagi pesakit mistik seperti sihir, saka dan santau. Kedengaran sungguh hebat bukan?

Menurut posting Facebook Shihulk ini baju terbabit dikatakan telah dijahit menggunakan kaedah Falaq. Terdapat T-Shirt lelaki dan jubah pendek wanita yang dijual pada harga RM313.


Bagi meyakini pelanggan, peniaga memberi jaminan wang dikembalikan jika tiada sebarang kesan selepas memakainya dalam tempoh 6 jam. Tiada terapian ayat atau jampi, hanya menurut kaedah falaq semata mata.

Biarpun nampak meyakinkan, namun jualan jubah ini nampak mendapat kecaman daripada netizen. Rata-ratanya mempertikaikan kebenaran jubah terbabit selain turut meminta peniaga menjelaskan keadah falaq digunakan.

Tidak kurang juga yang menyindir adakah jubah ini turut kalis api neraka. Anda boleh lihat reaksi mereka di bawah ini.





Biarpun dikecam dengan begitu hebat, pemilik akaun ini tetap dengan pendirian mereka, malah menyatakan mereka dipantau Jakim Johor. Apapun, kita sama nantikan penjelasan pihak yang lebih arif dalam bidang agama.