Skip to main content

Business News

Kanak-Kanak Ini Jadi Perhatian Apabila Beli PS4 Berharga RM600 Dengan Not RM1

ps4.jpg
Bak kata pepatah melayu, hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. Jika mahukan sesuatu maka berusalah sedikit!

Kanak-kanak berusia 12 tahun ini membuktikan tiada yang mustahil biarpun hanya sekadar mengimpikan Sony Play Station 4 (PS4) sekali pun.

Kisah Muhammad Irfan Ansari ini mula viral di Twitter ia dikongsi oleh kakaknya. Hingga kini tweet terbabit telah menerima 15,000 retweet dan 16,000 likes.
Menurut kakaknya yang menggunakan akaun Farhanailaisa, adiknya Muhammad Irfan membeli PS4 menggunakan hanya RM1 berjumlah keseluruhan RM600.

Gambar wang berkenaan turut dikongsi menerusi tweet terbabit.

Jika anda tertanya, adakah ada PS4 bernilai RM600, Farhana turut menjelaskan yang ibu bapa mereka turut menambah sedikit wang.
Walau bagaimanapun, usaha Irfan untuk menyimpan wang wajar dipuji.

Jelasnya lagi, Irfan juga mempunyai hobi menyimpang kolekasi komik dan ia turut digunakan untuk menyewakan komik kepada rakan-rakannya. Wang itulah yang digunakan untuk membeli PS4.

Must-Watch Video