Skip to main content

Business News

“Kandungkan Dia, Lahirkan Dia, Bagi Anak Aku!” – Video Tangisan Ibu Adam Rayqal Buat Netizen Sebak

al-fatihah-adam-rayqal.jpg
Sepotong video yang merakamkan tangisan ibu kepada arwah Adam Rayqal, Farrah Madihah Othman meruntun hati netizen.

Video yang dimuat naik di laman YouTube Berita Harian itu telah mengundang pelbagai reaksi netizen.

Lebih-lebih lagi kedengaran jelas suara Farrah yang melaungkan ayat “aku kandungkan dia, aku lahirkan dia, bagi anak aku. Astghfirullahalazim…Ya Allah… Ya Tuhanku…” ternyata membuatkan netizen sebak.


Rata-rata pengguna laman sosial berkongsi rasa sayu selepas menonton video tersebut.

Terdahulu, jenazah Adam Rayqal tiba di rumah datuknya di Taman Chendering Utama, Chendering, Kuala Terengganu pada jam 9.25 malam tadi.
Mohd Sufi Naeif Mohd Fauzi mengangkat jenazah anaknya, Adam Rayqal untuk dikebumikan.
Turut hadir di rumah keluarga datuk mangsa adalah Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Jenazah Adam Rayqal selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ladang Tok Pelam, Kuala Terengganu pada jam 10.30 malam tadi.

BACA: "Tak Mengapa Sayang, Nanti Masuk Syurga Semua Indah-Indah"- Ibu Adam Rayqal

Foto/Video: Berita Harian Online
 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must-Watch Video