Piala Dunia belum berakhir lagi ya! Ada perlawanan semi-final yang bakal menanti antara Perancis menentang Belgium dan Croatia menentang England.

Pastinya ramai yang menunggu siapakah juara Piala Dunia kali ini bukan?

Namun sebelum itu apa kata kita hangatkan demam Piala Dunia ini dengan kehebatan Dubai. Ya Dubai! Lubuk taikun kaya tu.

Dah nak final ni, jomlah kita ke Dubai
Dikenali sebagai bangunan pencakar langit paling tinggi, Burj Khalifa kini menggunakan sepenuhnya kelebihan itu dengan memaparkan keputusan jaringan gol menerusi panel LED bangunan terbabit.

Ia sekali gus menjadi scoreboard bola sepak tertinggi di dunia pernah ditayangkan.

Dengan perlawanan akhir yang semakin hampir, pengunjung dan penduduk berlepeluang mengikuti perkembangan terkini melalui scoreboard (papan skrin LED Burj Khalifa).

Setiap kali ada jaringan gol, setiap itu juga bendera negara terbabit dipaparkan di skrin.

Pengunjung ke Downtown Dubai boleh melihat scoreboard dari tempat menonton seperti di sepanjang Waterfront Promenade di The Dubai Mall atau dari Burj Park.

Part 3: Could this be a new world record for #BurjKhalifa? Here's how the world's biggest LED screen keeps Football fans around the world on the edge of their seats! Watch as @whatsondubai takes an exclusive tour inside the tower's control rooms. #WorldCup #Football #LED

A post shared by Burj Khalifa (@burjkhalifa) on


Pemasangan panel LED pada bangunan Burj Khalifa menggunakan teknologi canggih. Ia mempunyai lebih 1.1 juta piksel LED yang digunakan untuk pelbagai pertunjukan cahaya.