Skip to main content

Business News

Kena Hempap Dengan Pemain Pun Masih 'Steady' Ambil Gambar!

bola-(1).jpg
Kemenangan Croatia awal pagi tadi ibarat sejarah buat pemain mahupun penyokong. Buat pertama kalinya mereka layak ke perlawanan akhir piala dunia.

Namun kemenangan itu bukan hanya satu-satunya tumpuan yang berlaku pada perlawanan tadi. Ada yang lebih epik! 

Anda lihat dahulu gambar yang sempat dirakam ini.

Hasil gambar daripada kamera jurugambar berkenaan.
Gambar paling dekat diambil.
Sebenarnya insiden ini berlaku selepas Mario Mandzukic menjaringkan gol pada masa tambahan yang memberikan Croatia kemenangan 2-1 ke atas England.

Penyerang terbabit kemudian berlari ke sudut padang Stadium Luzhniki untuk berkongsi kegembiraan dengan rakan sepasukannya.Malangnya lokasi yang dituju itu adalah lubuk kebanyakan jurugambar berkumpul.

Disebabkan teruja dengan kemenangan, akhirnya jurugambar pun diajak bersama sehingga ada yang menjadi mangsa dan ditindih.

Sejurus selepas jurugambar terbabit bangun.
Gambar paling epic setakat ini. Croatia buat pertama kali dalam sejarah ke final Piala Dunia dan akan beraksi menentang Perancis, Ahad ini. Anda Team Crotia atau Perancis?

Advertisement

Must-Watch Video