,
News

Kenali Tun Dr Mahathir Dalam Masa Satu Minit

Hanafis Haris
10/07/2018
03:46 MYT
Selamat hari lahir Tun Dr Mahathir! Siapa sangka di usia 93 tahun, beliau masih berkhidmat untuk negara sebagai pemimpin tertinggi Malaysia.
Pelantikan ini sekali gus menjadikan beliau sebagai perdana menteri tertua di dunia.
Namun, dalam kita berbangga terhadap perdana menteri kita ini adakah kita sebenarnya cukup mengenali beliau? Dimanakah tempat kelahirannya, bagaimana beliau berkecimpung dalam dunia politik dan sebagainya?
Kami sediakan kronologi ringkas untuk anda mengenali pemimpin kesayangan ramai ini.
Wajah tampan Tun ketika muda. 1925: Lahir pada 10 Julai 1925 di Kampung Seberang Perak, Alor Setar, Kedah.
1931: Mulakan persekolahan di Sekolah Melayu Seberang Perak sebelum kemudiannya bertukar ke Sekolah Inggeris (Sekarang dikenali sebagai Kolej Sultan Abdul Hamid).
1942 - 1945: Perjalanan sukar buat beliau apabila terpaksa berhenti sekolah untuk menjual makanan di Pekan Rabu.
1945: Mula aktif dalam arena politik dengan menyertai pelbagai organisasi politik.
1947: Mendapat tempat di Kolej Perubatan King Edward VII di Singapura dalam bidang perubatan.
1953: Selepas lulus sebagai doktor, beliau mula berkhidmat di Hospital Besar Alor Setar
Persandingan antara dua doktor. 1956: Ikatan sah beliau bersama Tun Dr Siti Hasmah Hj Mohd Ali bermula pada tahun ini.
1964: Membuat keputusan untuk bertanding sebagai ahli politik pada kali pertama di Kota Setar Selatan dan menang.
1969: Beliau kalah dalam pilihanraya 1969 kepada wakil PAS. (Tahun ini juga agak kontroversi apabila beliau beliau menulis surat mengkritik Perdana Menteri Malaysia, Tunku Abdul Rahman berikutan rusuhan 13 Mei)

Tun Mahathir dipecat keahlian dari UMNO

1972: Tun Mahathir diterima kembali sebagai ahli UMNO, dan dilantik sebagai Senator.
1974: Beliau memenangi kerusi Parlimen Kubang Pasu tanpa bertanding dan seterusnya dilantik sebagai Menteri Pendidikan Malaysia.
Bermula era pemerintahan Tun. 1976: Dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri oleh Tun Hussein Onn, dan juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Perindustrian.
1981: Tarikh penting buat Malaysia apabila beliau dilantik secara rasmi sebagai Perdana Menteri keempat ketika berusia 55 tahun.
1995: Kekal sebagai Perdana Menteri selepas memenangi Pilihan Raya Umum.
2003: Umum persaraan dan digantikan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri.
2016: Tun meninggalkan UMNO kerana tidak setuju dengan kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak Tahun ini juga Tun mula menubuhkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
2017: Menyertai politik sebagai Ketua Pembangkang.
2018: Mengisytiharkan pencalonan bagi kerusi parlimen Langkawi untuk Pilihanraya Umum ke-14 dan seterusnya memenangi Pilihanraya Malaysia ke-14 dan menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-7.
Untuk maklumat penuh perjalanan hidup Tun, anda boleh klik di sini, Perdana.
Related Topics
Must-Watch Video
Hiburan

Adira Sebak Kakak Beri Kejutan Hadiah Birthday - “Dari Kecil Tak Pernah Ada Bilik, Selimut & Cadar Sendiri”

gempak
21/09/2024
07:55 MYT
Penyanyi, Adira Suhaimi tidak dapat menahan sebak sebaik sahaja menerima hadiah hari jadi daripada kakaknya, Emma Suhaimi.
Hiburan

Video Ucapan Birthday Anak Fattah & Fazura Buat Netizen Emosi, Ramai Doa Supaya Kembali Bersama

gempak
14/09/2024
11:55 MYT
Video ucapan istimewa anak kepada pasangan selebriti popular, Fattah Amin dan Nur Fazura iaitu Nur Fatima Aisya sempena ulang tahun kelahiran bapanya yang ke-34 mencuri tumpuan netizen.
Hiburan

Sharnaaz Ahmad Ucap Birthday Noor Nabila - “I Doakan You Happy Dan Bahagia Dunia Akhirat”

gempak
04/09/2024
02:25 MYT
Perkongsian aktor Sharnaaz Ahmad menjadi perhatian apabila membuat ucapan hari ulang tahun kelahiran kepada bekas isterinya, Noor Nabila, pada Rabu.
Hiburan

M Nasir Sambut Hari Lahir PMX Di Konsert - “Saya Bukan Bagi Kek,Tapi Pulut Kuning”

gempak
10/08/2024
15:07 MYT
Penyanyi lagenda, Datuk M Nasir membuat kejutan dengan menyambut ulang tahun kelahiran Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim di konsert Dato’ M N45ir Cipta sebentar tadi.
Hiburan

Sempoi! Sean Lee Bawa Makan Durian Sambut Birthday Isteri – “Thank You Sebab Hadir Dalam Hidupku”

gempak
19/07/2024
21:55 MYT
Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Sean atau nama sebenarnya Lee Jia Ern, 30, berkongsi momen dia bersama isteri tercinta, Bay Doucet.