NEWS
Kerang Spesies Terancam?
Malaysia adalah lokasi terbaik pembiakan kerang namun atas beberapa faktor telah menjejaskan pengeluaran kerang negara. Pada tahun 2005, industri kerang tempatan mampu menghasilkan sejumlah 100,000 tan tetapi pada tahun 2015, jumlah ini berkurangan kepada 16,000 tan. Menurut Abu Talib Ahmad, pengarah kanan Institut Kajian Perikanan, kawasan pembiakan utama kerang di tiga buah negeri di Semenanjung Malaysia iaitu Selangor, Perak dan Johor terjejas akibat pencemaran yang turut mempengaruhi jumlah taburan anak kerang. Selain itu berlaku beberapa kejadian penyeludupan anak kerang oleh nelayan negara jiran yang menyumbang kepada masalah ini. Kesannya, pengguna perlu membayar antara RM10 sehingga RM15 untuk sekilo kerang berbanding hanya RM2 ke RM3 sebelum ini dan secara tidak langsung mempengaruhi rakyat.

Gambar: Sinar Harian
Beberapa usaha sedang giat dijalankan pihak berkuasa bagi mengatasi masalah ini termasuk menjalankan kajian dengan usahasama Jepun bagi mengenalpasti musim terbaik menuai kerang bagi mendapatkan hasil optima. Selain memeriksa tahap pencemaran sumber air yang mempengaruhi pembiakan kerang. Jika segala langkah yang dijalankan gagal memberikan hasil terbaik, langkah terakhir membiakkan kerang menerusi kaedah makmal terpaksa dilakukan.
Must-Watch Video