Nampak senang tapi sebenarnya tahap kesukaran mengendalikan syarikat besar amat tinggi, apatah lagi apabila mengetuai platform sosial media terbesar dunia Facebook.

Itulah situasi sedang dihadapi Ketua Eksekutif Facebook Inc Mark Zuckerberg . Semalam beliau bukan hanya mengalami kerugian tinggi, malah nilai kejatuhan saham dialami Facebook mencatatkan sejarah terbesar bagi pasaran saham Amerika Syarikat dalam tempoh sehari.

Kerugian dialami bukan calang-calang, malah menjangkau hingga AS$15 bilion!

Perbandingan 2015-2018
Menurut laporan dikeluarkan Reuters, kerugian terbabit berlaku selepas Mark menjangkakan keuntungan Facebook bakal mengalami penurunan dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

Langkah terbabit kemudian dilihat memberi impak besar apabila kira-kira 16 firma menurunkan harga sasaran ke atas FB.

Untuk makluman anda, Facebook tahun lalu membelanjakan nilai yang amat besar bagi meningkatkan tahap keselamatan sosial media berkenaan. Dengan skandal ketirisan maklumat berlaku beberapa bulan lalu, pastinya kepercayaan terhadap platform itu semakin berkurang.

Statistik tahun lalu.
Sehingga kini Facebook masih menjadi medium sosial media tertinggi dengan 1.59 bilion pengguna aktif sebulan.Sebagai perbandingan Twitter menduduki tempat kedua dengan hanya sekitar 3.2 juta pengguna aktif sebulan.