NEWS
Ketua Menteri Sarawak Meninggal Dunia
Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem meninggal dunia akibat komplikasi jantung di Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak (HUS), Kota Samarahan, jam 1.30 tengah hari tadi. Menurut laporan Berita Harian Online, berita ini disahkan Menteri Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Dr Sim Kui Hian, yang juga pakar kardiologi dan berpengalaman merawat pemimpin itu yang dimasukkan ke pusat jantung itu kelmarin selepas mengadu keletihan melampau dan kesukaran bernafas.
Beliau mula memegang jawatan sebagai Ketua Menteri Ke-5 Sarawak setelah memenangi undian pada pilihan raya lalu.Kerjaya Adenan dalam bidang politik bermula tahun 1979 setelah dia mewakili Menara Tuang dalam piliha raya negeri, dan berjaya mengalahkan Parti Rakyat Jati Sarawak (Pajar) dengan undi majoriti 2,797. Beliau seterusnya bertanding mewakili kerusi Batang Sadong dan berjaya mengalahkan calon PAS dengan undi majoriti 9,371. Kejayaan ini membolehkan beliau dilantik sebagai Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar pada tahun 2004 dan beliau kembali merebut kerusi dun negeri dalam pilihan raya 2006. Beliau memenangi kerusi Tanjung Datu. Tan Sri Adenan dilantik sebagai pegawai penasihat khas Ketua Menteri pada tahun 2010 sebelum dilantik sebagai Menteri Tugas-Tugas Khas Sarawak selepas berjaya mengekalkan kerusi Tanjung Datu.
Tan Sri Adenan mengambil alih jawatan itu daripada Tun Abdul Taib Mahmud pada 1 Mac 2014. Berita ini dikongsi oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menerusi akaun twitter beliau .
Zee Avi dan Pandelela Rinong turut tidak ketinggalan mengucapkan ucapan takziah menerusi akaun twitter mereka.
Tan Sri Adenan sebelum ini pernah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) dan Singapura sebelum ini akibat masalah jantung. Takziah daripada kami di Rojak Daily.

Beliau mula memegang jawatan sebagai Ketua Menteri Ke-5 Sarawak setelah memenangi undian pada pilihan raya lalu.Kerjaya Adenan dalam bidang politik bermula tahun 1979 setelah dia mewakili Menara Tuang dalam piliha raya negeri, dan berjaya mengalahkan Parti Rakyat Jati Sarawak (Pajar) dengan undi majoriti 2,797. Beliau seterusnya bertanding mewakili kerusi Batang Sadong dan berjaya mengalahkan calon PAS dengan undi majoriti 9,371. Kejayaan ini membolehkan beliau dilantik sebagai Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar pada tahun 2004 dan beliau kembali merebut kerusi dun negeri dalam pilihan raya 2006. Beliau memenangi kerusi Tanjung Datu. Tan Sri Adenan dilantik sebagai pegawai penasihat khas Ketua Menteri pada tahun 2010 sebelum dilantik sebagai Menteri Tugas-Tugas Khas Sarawak selepas berjaya mengekalkan kerusi Tanjung Datu.
Tan Sri Adenan mengambil alih jawatan itu daripada Tun Abdul Taib Mahmud pada 1 Mac 2014. Berita ini dikongsi oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menerusi akaun twitter beliau .
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.