Skip to main content

Business News

Komposer Terkenal Johan Nawawi Meninggal Dunia

johan-nawawi-01.jpg

Industri hiburan tempatan pagi tadi dikejutkan dengan berita sedih apabila suami kepada penyanyi Nora Ariffin yang juga komposer terkenal, Johan Nawawi meninggal dunia di sebuah pusat perubatan di Subang Jaya kira kira jam 6:30 pagi tadi.

Berita itu dikongsi beberapa orang rakan industri termasuk pengurus artis, Lisa Tahir di beberapa medium termasuk di Facebook, Instagram dan aplikasi WhatsApp.

Advertisement

Johan difahamkan dimasukkan ke hospital sejak malam tadi. Bagaimana punca tepat kematiannya belum dikenalpasti, namun difahamkan akibat serangan jantung.

Allahyarham dikatakan mempunyai beberapa masalah kesihatan antaranya seperti jantung dan gout.

Jenazah akan dikebumikan selepas solat Jumaat ini di masjid di Kampung Tunku, Petaling Jaya. Salam takziah Rojak Daily Kaw! ucapkan kepada Nora dan keluarganya.

Ketika hayatnya, Allahyarham yang meninggal dunia di usia 52 tahun aktif mencipta lagu termasuk untuk isteri tercinta menerusi lagu antaranya seperti Desa Tercinta dan Naluri.

 

 

Must-Watch Video