News

Korea Utara Sememangnya Menggunakan Wanita Sebagai Pembunuh Terancang?

Azwa Rahman
15/02/2017
07:01 MYT
Sponsor Banner
Korea Utara Sememangnya Menggunakan Wanita Sebagai Pembunuh Terancang?
Dua wanita berkulit cerah, memiliki raut wajah wanita Korea, berambut paras bahu dikenalpasti sebagai dalang yang menyebabkan pembunuhan abang tiri presiden Korea Utara. Mereka berdua dikesan berjalan ke arah Kim Jong-nam, menarik mukannya dan menyembur cecair beracun di mukanya. Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Putrajaya dan meninggal dunia beberapa jam selepas itu.
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berjaya merakamkan imej jelas yang menunjukkan wanita yang dipercayai seorang daripada dua suspek yang terlibat dalam pembunuhan Kim Jong-nam. Salah seorang daripada wanita itu, memakai baju putih, berskirt denim dan membawa beg sandang biru, manakala rakannya pula mengenakan baju biru dan seluar jean.
Sebaik melakukan pembunuhan terancang itu, kedua-dua wanita tersebut berlari keluar dari terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dengan menaiki teksi. Tangkas atau tidak kalau dah bergelar pembunuh upahan tu?
Kejadian tersebut berlaku dalam sekelip mata sehingga tidak disedari oleh kakitangan Malaysia Airport Holdings Berhad dan juga petugas lapangan terbang itu. Ia hanya disedari apabila Jong-nam mengadu kesakitan pada seorang pegawai khidmat pelanggan.
Menerusi satu temubual dengan Australia ABC News pada April 2013, rakyat Korea Utara yang kini dalam buangan, Kim Hyun-hee mendedahkan negara asalnya sememangnya menggunakan wanita untuk melakukan pembunuhan terancang.
Sumber: Mstar
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024