,
News

Lebih 1,000 Peserta Bermain Air, Sapu Bedak

Eiylla Syaharith
13/04/2017
08:01 MYT
Pesta Songkran disambut penuh meriah membabitkan lebih 1,000 pengunjung termasuk penganut agama Buddha hadir beramai-ramai di Kuil Buddha Chaiya Mangalaram, Jalan Burma, Pulau Pinang, semalam.
Pesta Songkran merupakan acara sambutan tahun baru bagi masyarakat Siam dan ia diraikan pada setiap 13 atau 14 April setiap tahun dan menariknya, Pulau Pinang tidak ketinggalan meraikan perayaan itu bersama masyarakat Siam dan juga pelancong asing.Pengunjung bermain air sempena Pesta Songkran di Kuil Buddha Chaiya Mangalaram, Jalan Burma, Pulau Pinang, semalam.
Konsul Jeneral Thailand Pulau Pinang, Ekajit Kraivichien berkata, secara tradisinya perayaan tersebut merupakan sambutan tahun baru bagi Thailand dan ia menjadi satu pesta atau perayaan penuh bersejarah.
Menurutnya, mengikut sejarah pesta ini mula diamalkan sejak zaman kegemilangan Wilayah Sukhotai di Thailand apabila kemasukan agama Buddha ke negara itu dan dibawa bersama kebudayaan dan kepercayaan.
Katanya, secara tradisinya pesta ini disambut golongan muda termasuk kanak-kanak untuk memohon maaf serta meminta restu daripada orang tua seperti ibu bapa, datuk dan nenek termasuk sami dan guru-gurunya.Ekajit Kraivichien menyiram patung Buddha ketika Pesta Songkran berlangsung.
"Simboliknya satu upacara memandikan patung Buddha (Bhikkhu) akan dilakukan dengan menyiram air bersih dan wangi-wangian ke atas tapak tangan, kaki dan seterusnya anggota badan yang lain. Mereka juga akan masuk ke dalam wat sambil berdoa untuk memohon rezeki sempena sambutan tahun baru dan berniat untuk membuang segala perbuatan jahat yang pernah dilakukan pada tahun-tahun sebelumnya," katanya.
Kemeriahan Pesta Songkran ini adalah pada kanak-kanak apabila mereka dapat bermain air serta menyapukan bedak kepada orang lain.
Related Topics
Must-Watch Video
Hiburan

Watie Bersyukur Shuib Tambah Duit Nafkah Lepas Kes Fattah-Fazura - “Walaupun Bini Tak Pernah Mengadu…”

gempak
18/10/2024
05:09 MYT
Isteri kepada pelawak, Shuib iaitu Watie Hanifiah mendedahkan menerima nafkah yang lebih tinggi daripada suaminya berbanding dengan jumlah sebelum ini.
Hiburan

Akibat Bentuk Badan Berisi, Ummi Nazeera Pernah Diejek - “Dia Panggil Saya Godzilla..”

gempak
18/10/2024
03:55 MYT
Pelakon Ummi Nazeera berkongsi pengalaman pernah diejek sewaktu di bangku sekolah.
Hiburan

Membesar Tanpa Figura Ayah, Nora Danish Akui Rasa Kekurangan - “Tak Pernah Tengok Keluarga Yang Betul-Betul Bahagia..."

gempak
18/10/2024
03:23 MYT
Pelakon, Nora Danish berkongsi dirinya berasa kekurangan kerana tidak dapat membesar dengan kehadiran seorang bapa.
Hiburan

Zoey Rahman Disihir, Kerap Muntah, Jadi Pemarah & Alami Kemurungan - "Saya Rasa Biasa Tetapi Pekerja Mula Tegur..."

gempak
18/10/2024
01:55 MYT
Pelakon, Zoey Rahman mengakui dirinya menjadi mangsa sihir atau buatan orang.
Berita

“75 Peratus Jatung Tersumbat”- Rider P-Hailing Meninggal Dunia Kerana Penat Bekerja

gempak
18/10/2024
00:55 MYT
Video seorang rider p-hailing menerima sekeping RM50 secara rambang di pusat beli-belah tahun lalu tular semula, namun siapa sangka individu yang dimaksudkan iaitu Ahmad Farhan Othman, 32, pergi menghadap Ilahi pada 2 Oktober, baru-baru ini.
BorakSeeni