Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
NEWS

Lee Chong Wei Juara All England Kali Keempat!

Elrafaei Sapi 12/03/2017 | 14:42 MYT
Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei berjaya meraih kejuaraan kali keempat perseorangan pada Kejohanan Badminton All England, sebentar tadi.

Chong Wei dengan mudah menewaskan pemain dari China, Shi Yuqi apabila menang set pertama dengan 21–12. Nyata, pengalaman dan kehebatannya sebelum ini memberi kelebihan apabila beliau terus cemerlang menewaskan pihak lawan dalam set kedua yang berkesudahan dengan keputusan 21-10.

Kejayaan Chong Wei mengubat kekecewaan jutaan peminat badminton negara selepas pasukan beregu campuran negara, Chan Peng Soon bersama Goh Liu Ying yang bertanding sebelum itu tewas pada pemain beregu China, Lu Kai dan Huang Yaqiong dalam saingan final.

#badminton #Badminton