News

Lembu 'Sado' Seberat Satu Tan Dikorbankan

Ain Mahthir
14/09/2016
08:39 MYT
Sponsor Banner
Lembu 'Sado' Seberat Satu Tan Dikorbankan
Lembu Charolais berusia tiga tahun yang memiliki saiz tiga kali lebih besar daripada lembu biasa disembelih dalam ibadah korban di tapak penyembelihan berhampiran Masjid Datuk Amar Losong, Kuala Terengganu pada Selasa jam 8 pagi.
Disaksikan lebih 1,000 orang, lembu 'sado' seberat satu tan itu menghasilkan daging yang lebih banyak daripada biasa. Pakej korban ini diuruskan oleh Badan Ukhwah Darul Iman (BUDI Losong) yang dijual setiap bahagian RM2,000.
Lembu ini dibeli dengan harga RM13,000 selepas mendapat diskaun yang dibeli oleh pengerusi BUDI Losong, Zulfadzli Hasan. "Pihak kami memang berhasrat mahu menyediakan lembu yang beratnya 350 kilogram ke atas. Kawan beritahu saya harga lembu untuk berat sedemikian berharga lebih RM16,000 kerana beratnya satu tan. Apabila kami bertemu peladang di Telemong, Hulu Terengganu, rupanya peladang tersebut adalah kawan saya. Dia memberi diskaun dan menjualnya dengan harga RM13,000 sahaja," katanya.
Tambah Zulfadzli lagi, pihaknya menjangkakan dapat mengagihkan daging korban kepada 1,500 hingga 2,000 keluarga di sekitar Losong dengan agihan seberat setengah atau sekilo bagi setiap bungkusan.
Sumber: mstar
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024