NEWS
LHDN Buru 2,436 Individu, 1,402 Syarikat
Seramai 2,436 individu dan 1,402 syarikat yang gagal menjelaskan cukai pendapatan bagi tahun 2015 sehingga kini diburu Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Menerusi Operasi Kutip (Op Kutip) yang dijalankan selama dua hari sejak semalam membabitkan 13 cawangan LHDN di seluruh negara, tindakan ini dilakukan untuk mengutip jumlah cukai tertunggak sebanyak RM326.2 juta. Bagaimanapun, LHDN menyasarkan kutipan sekurangnya sebanyak 5 peratus iaitu RM16.3 juta dari jumlah berkenaan.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Dasar) LHDN, Datuk Noor Azian Abd. Hamid berkata, pembayaran balik cukai tersebut hanya dibuat menerusi cek atau draf bank tidak secara tunai.
Tambahnya seperti dilaporkan Utusan Online, bagi pembayaran secara atas talian, indvidu terbabit perlu mengemukan bukti atau melakukan transaksi di hadapan pegawa LHDN manakala mereka yang gagal membayar balik sehingga tempoh akhir tahun ini akan dibawa kes ke mahkamah.
Sementara itu, orang ramai yang masih belum membuat taksiran cukai pendapatan menerusi e-filing masih boleh berbuat demikian secara atas talian sehingga tarikh akhir pada 15 Mei ini.