,
News

Lohong Hitam Ini Ibarat Makhluk Besar Bersembunyi Di Bawah Katil-Adlyka

Nurul Izza
09/01/2017
10:16 MYT
Nur Adlyka Ainul Annuar membuktikan tiada apa yang mampu menyekatnya daripada mencapai impian. Anak kelahiran Muar, Johor yang mendapat tajaan MARA untuk menyambung pengajian ke peringkat Doktor Falsafah dalam bidang Astrofizik di Centre of Extragalactic Astronomy, Durham University, United Kingdom seperti yang dilaporkan NST.
(Kredit Gambar: Facebook @Adlyka Annuar)
Adlyka, salah seorang daripada sekumpulan ahli astronomi yang berjaya membuktikan kewujudan lohong hitam supermasif di lingkaran kosmik, di sidang media American Astronomical Society meeting di Grapevine, Texas bagi membentangkan hasil penemuan mereka. Mereka melakukan kajian dengan cara menganalisis teleskop X-Ray terbaharu NASA yang dinamakan NuSTAR (Nuclear Spectroscopic Telescope Array). Hasil kajian mereka mendapati terdapat kawasan tebal diselaputi gas di tengah-tengah lohong hitam yang terletak berhampiran galaksi bima sakti yang gagal dikenal pasti sehingga kini. Hasil kajian ini membolehkan saintis mengesan jumlah lohong hitam supermasif yang terdapat di alam semester yang dikatakan kali ganda lebih besar daripada matahari. Peralatan seperti NuSTAR ini digunakan kerana kemampuannya mengesan jumlah tenaga yang dipancarkan oleh sinar x-ray lohong hitam yang berjaya melepasi beberapa lapisan tebal gas dan debu, dan sekali gus mengesan lohong hitam supermasif ini.
Related Topics
Must-Watch Video
Berita

Gara-Gara Mahu Menang iPhone, 4 Individu Sanggup Bogel Depan Orang Ramai

gempak
31/08/2024
23:55 MYT
Perbuatan empat orang individu menanggalkan pakaian di hadapan orang ramai untuk mendapatkan peluang memenangi telefon pintar iPhone telah mencetuskan kemarahan di Russia.
Berita

Tiga Kanak-Kanak Ditahan, Serang Rumah Pakai Busur & Anak Panah

gempak
22/08/2024
23:25 MYT
Perbuatan tiga kanak-kanak lelaki yang menyerang sebuah rumah dengan menggunakan  busur dan anak panah mengundang perhatian orang ramai.
Berita

Akibat Tak Diajak Selfie, Lelaki Tergamak Cekik Kekasih

gempak
22/08/2024
21:22 MYT
Seorang pemuda berusia 20 tahun ditahan kerana mencekik kekasihnya di dalam lif selepas berang dia tidak diajak untuk merakam swafoto bersama-sama.
Berita

Diminta Hantar Makanan Ke Balai Polis, Pelanggan Rupa-Rupanya...

gempak
22/08/2024
14:55 MYT
Seorang penghantar makanan Thailand menempuh detik seram apabila menerima pesanan daripada seorang pegawai polis yang sudah meninggal dunia.
Berita

Buang trauma, Cut Intan Bawa Anak Ubati Mental

gempak
22/08/2024
10:06 MYT
Masih trauma dan mengalami lebam dipukul suami, pempengaruh Intan Cut Nabila kini fokus terhadap emosi dan mental dua anaknya yang sedang membesar.