Skip to main content

Business News

London Diserang 'Pengganas', Empat Terbunuh

london1.jpg

Empat orang terbunuh termasuk penyerang dan seorang anggota polis dalam satu serangan terbaru yang dipercayai mempunyai kaitan dengan pengganas berlaku di Westminster, London. Media asing turut melaporkan anggota polis tersebut ditikam manakala dua mangsa lagi terbunuh di atas jambatan yang menjadi lokasi kejadian serta 20 mangsa lain cedera.

Penyerang dilaporkan bersenjatakan menggunakan dua bilah pisau sebelum merempuh pejalan kaki dengan keretanya di atas jambatan Westminster dan kemudian turun menuju ke pagar di hadapan bangunan Parlimen sehingga menikam seorang anggota polis dan akhirnya dia ditembak polis, seperti dilaporkan Independent.

Penyerang ditembak mati polis di hadapan bangunan Parlimen Britain. (Gambar: Independent)

Advertisement

Dalam kejadian yang dpercayai berlaku kira-kira jam 2.40 petang (waktu tempatan), tiga pelajar sekolah warganegara Perancis dilaporkan cedera dalan insiden berkenaan. Perdana Menteri Britain, Theresa May bagaimanapun dilaporkan selamat.

Sejurus kejadian, polis menjalankan siasatan di sekitar bangunan Parlimen itu dan mereka percaya kejadian itu hanya didalangi seorang penyerang. Sementara itu, jurucakap Wisma Putra menyatakan pada Bernama, tiada rakyat Malaysia yang cedera dalam insiden tersebut.

Topik Berkaitan

Must-Watch Video