News
Lost World Of Tambun Dibuka Secara Percuma Kepada Umum Pada 19 Februari Ini
Berita baik untuk orang Ipoh, warga negeri Perak dan seluruh rakyat Malaysia, taman tema Lost World Of Tambun (LWOT) akan membuka pintunya secara percuma kepada umum pada 19 Februari (Selasa) ini.
Ini bersempena majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina negeri Perak yang akan diadakan pada jam 2 petang.
Pengurusan LWOT berbesar hati untuk membuka taman tema itu secara percuma bermula jam 2 petang sehingga 5 petang dan pengunjung boleh bersuka ria sehingga jam 11 malam.
Menurut Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, pihak kerajaan negeri akan menyediakan makanan yang secukupnya pada semua tetamu yang hadir.
Selain menikmati makanan yang disediakan, persembahan tarian singa dan sebagainya, pengunjung juga boleh bawa baju mandi untuk mandi manda serta melawat petting zoo yang berada di LWOT.
Majlis ini turut akan diserikan dengan keberangkatan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Permaisuri, Tuanku Zara Salim.
Pemilihan taman tema itu bertepatan dengan usaha kerajaan negeri memperkenalkan lokasi pelancongan kepada rakyat Perak.
Terdahulu, sambutan majlis rumah terbuka Aidilfitri 2018 telah diadakan di Movie Animation Parks Studio (MAPS).
Tarikan terbaharu di LWOT!
Selain ada tujuh tarikan di LWOT iaitu Taman Tema Air (water Park), Amusement Park, Petting Zoo, Tiger Valey, Tin valley, Adventure Park dan Lost World Hot Springs & Spa, ada tarikan baru iaituLuminous Forest.
Taman yang dilimpahi cahaya pada waktu malam seakan-akan dalam filem Avatar ini menggambarkan satu perkampungan Orang Asli yang menjadi tempat tinggal kaum Malayana yang pernah mendiami hutan batu kapur Tambun.
Taman ini dibuka pada setiap hari Rabu hingga Isnin (buka setiap hari pada hari cuti sekolah) bermula jam 7.30 malam hingga 10 malam.