Sekumpulan remaja yang bertindak memanjat mercu tanda 'Ipoh', telah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada segenap masyarakat Malaysia yang merasakan perbuatan mereka itu salah disisi undang-undang dan keterlaluan. Mereka terdiri daripada Norfarihan Baharudin, 24, Azlina Azmin, 21, Nor Farina Baharudin, 22, Muhammad Zaki Nasarruddin, 23 dan Muhammad Faiz Roslee yang juga 23 tahun.

Memetik laporan Berita Harian, "Kami memilih mercu tanda IPOH itu kerana keunikannya. Harap semua faham, apabila dikecam masyarakat saya tidak berpeluang untuk memberi keterangan (penjelasan dan memohon maaf). Saya mahu beritahu di sini saya dan rakan-rakan yang lain mahu meminta maaf kepada masyarakat, memang kami tahu perbuatan ini salah," kata Norfarihan.

Gambar: NSTP

Mempunyai latar belakang yang gemarkan aktiviti lasak, mereka sememangnya tidak menjangkakan tindakan mereka itu menerima kecaman dari masyarakat. Berani mengaku salah dan meminta maaf adalah satu sikap terpuji. Tapi lain kali jangan buat lagi okay.