NEWS
Makan Diiradiasi Selamat Dimakan?
Proses iradiasi mendedahkan bungkusan terakhir makanan kepada sinar tujuan pengawetan, dekontaminasi serta kuarantin bagi membasmi kuman dalam makanan produk terutama yang akan dipasarkan ke luar negara seperti herba, rempah ratus, makanan sejuk beku dan gandum.

Gambar: www.symecengineers.com
Menurut Ketua Pengarah Agensi Nuklear Malaysia (MNA), Datuk Dr Muhamad Lebai Juri di seminar keselamatan makanan yang dipetik di The Star Online dan Sinar Online, pengguna tidak perlu bimbang akan keselamatan makanan yang terdedah kepada iradiasi kerana berdasarkan kajian yang dilakukan tidak terdapat sisa radioaktif berbahaya di dalam makanan tersebut. Makanan yang terdedah kepada sinar gamma, elektron dan X-ray tidak menyebabkannya menjadi radioaktif kerana tenaga daripada sinaran tersebut adalah rendah.

Gambar: www.youtube.com
Makanan yang diiradiasi juga bebas daripada kandungan sisa radioaktif berbanding makanan yang dirawat dengan bahan kimia. Kebanyakan pengguna keliru dengan keselamatan makanan diiradiasi yang menggunakan teknologi nuklear dikatakan sebagai penyebab kanser. Mereka menyamakannya dengan makanan yang terdedah kepada radioaktif tercemar dengan radioisotop yang terhasil akibat kemalangan loji nuklear seperti insiden Fukushima pada tahun 2010. Hakikatnya proses iridiasi dapat meningkatkan daya tahan dan mengurangkan kerosakan makanan selepas tuaian terutama produk mentah seperti buah-buahan.

Gambar: hacklchem20.wikispaces.com
Makanan diiradiasi juga diiktiraf dan dijamin oleh agensi antarabangsa seperti Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) dan di lebih 60 negara termasuk Malaysia. Malah penyelidikan turut dilakukan bagi menentukan kesesuaian iradiasi terhadap produk makanan tempatan. Kementerian Kesihatan sendiri telah meluluskan penjualan makanan diiradiasi di negara ini menurut Peraturan Iradiasi Makanan 2011 yang berkuat kuasa Oktober 2013.

Gambar: ccitonline.com