News
Mangsa Korban Kereta Dipandu Melawan Arus Tinggalkan Isteri Yang Sedang Mengandung
Semalam menyaksikan tindakan seorang remaja yang memandu melawan arus di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dari Sungai Dua menghala ke Butterworth telah menyebabkan seorang mangsa terkorban. Mangsa, Mohamad Fandi Rosli, 26, terbunuh dalam nahas jalan raya di kilometer 134, di Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. Kereta jenis Proton Gen-2 itu dipandu secara melawan arus dari Sungai Dua menghala Butterworth dan merempuh bahagian hadapan kereta Perodua Kelisa yang dipandu Mohamad Fandi.
Sebak kami melihat nasib isteri mangsa, Norasikin Abdul Halim, 26. Pasangan ini baru sahaja melangsungkan perkahwinan mereka tiga bulan yang lalu dan kini sedang mengandung anak pertama mereka. Norasikin yang bertugas sebagai soerang jururawat di Hospital Selayang tinggal berasingan dengan arwah suaminya. Semoga Norasikin dan keluarga kuat menghadapi dugaan ini.
Remaja berkenaan dikenali sebagai Ng Pei Ven, berusia 19 tahun dan menetap di Butterworth, Pulau Pinang. Saringan air kecing menunjukkan remaja berkenaan di bawah pengaruh dadah jenis syabu. Sebelum memandu melawan arus remaja wanita ini juga didakwa telah terlibat dalam kemalangan dengan beberapa kenderaan lain dan memecut laju keretanya.
Netizen turut melahirkan rasa marah dan kesal mereka terhadap kejadian ini.
This stupid lady driver dah langgar Alza dekat tol dan nak melarikan diri melawan arus sampai mengorbankan nyawa . Bodoh babi punya betina— BUGATTI (@wnhsevond) March 14, 2017
Aku bengang betul baca berita pasal gen 2 melawan arus kat Penang tu.. Dah la amik dadah, jadi punca kematian plak tu?— Makwe Ironman (@hudazumi) March 14, 2017
Takziah kepada mangsa yang meninggal dilanggar kereta melawan arus dekat highway PLUS belah utara. That girl should be punished heavily!— The Azhar Ibrahim (@ai_square) March 14, 2017
Tapi elok juga pompuan yg melawan arus tu x mati. She has to be punished and live with this guilt her lifetime.— Bad Kitty Cat (@NiniNell) March 14, 2017
Must-Watch Video