Bagi anda yang bakal berlepas ke luar negara, satu perkara yang perlu diberi perhatian ialah operasi naik-taraf infrastruktur telekomunikasi di KLIA dan KLIA2 telah bermula semalam.

Disebabkan itu, pengguna yang berada di KLIA dan KLIA2 mungkin mengalami masalah line telekomunikasi dan difahamkan isu ini akan berlarutan sehingga bulan Mac.

Bagaimanapun baru-baru ini pihak Malaysia Airports tampil mengeluarkan kenyataan di Facebook untuk menyelesaikan masalah ini. Terdapat beberapa kaedah yang anda patut tahu.

Pastikan WiFi anda sentiasa disambungkan.
  1. Sambungkan talian telefon pintar anda menggunakan WiFi disediakan di lapangan terbang dan gunakan WhatsApp atau Facebook Messenger untuk membuat panggilan.
  2. Jika mahu membuat panggilan kepada talian tetap, sila berbuat demikian di kaunter informasi terdekat.
  3. Jika mengalami masalah, anda boleh dapatkan bantuan Airport CARE Ambassador di sekitarnya.
  4. Jika anda mempunyai sebarang maklum balas atau pertanyaan mengenai perkara ini, boleh email di [email protected]. Anda juga boleh buat panggilan ke 03-8776 9006.

Pada anda yang akan bercuti atau ke luar negara atas dasar kerja, maka bersiap sedialah dengan masalah ini.