Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
NEWS

"Mashaallah Ini Tudung Menutup Aib Ke Macamana?" - Netizen

Azwa Rahman 21/11/2016 | 02:43 MYT
Tidak habis dengan satu persatu kontroversi, kini Nora Danish kembali dikecam netizen apabila melancarkan gaya terbaharu tudung daripada koleksi jenamanya, OwlbyND.
Gaya tudung tersebut yang digelar Princess Jasmine Ezip menjadi perbualan hangat kerana rekaannya yang mempunyai zip di tengah-tengah wajah. Anda boleh memilih untuk menutup muka dengan menarik zip itu ke bawah ataupun membiarkannya terbuka. Dengan industri hijab yang semakin berkembang, nampaknya dari sehari ke sehari, rekaan tudung seakan-akan semakin pelik dan tidak masuk akal.
Namun Nora Danish menerusi Instagramnya menyatakan, “Sesiapa rasa nak tido dalam flight ke apa, senang tutup je muka, tapi jgn la jalan pun tutup, tu tak betul namanya. Design dibuat khas untuk mereka yg sukakan kelainan, pada mereka yang sukakan simple design, pun ada. Jadi, pilihan masing masing. Jgn gaduh gaduh ok? Simpan jari jemari anda untuk comment benda yang lebih berfaedah”.
Netizen turut meluahkan pendapat mereka berkenaan tudung terbaharu keluaran Nora Danish tersebut.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

#Trending #Trending