News

Menara KLCC Jadi Baju Kebangsaan Miss Universe Malaysia 2016

Azwa Rahman
06/01/2017
08:17 MYT
Sponsor Banner
Menara KLCC Jadi Baju Kebangsaan Miss Universe Malaysia 2016
Wow, selalu kita tengok KLCC nuh jauh disana, tak tercapai oleh tangan kita tapi sekarang Menara kebanggaan Malaysia, Menara Berkembar Petronas kemas tersemat di bahu Kiran Jassal, Miss Universe Malaysia 2016 yang akan membawa nama Malaysia ke pertandingan Miss Universe di Pasay City, Filipina, 30 Januari ini. Pakaian ini direka khas oleh pereka fesyen tersohor, Rizman Ruzaini.
Jika sebelum ini, Miss Universe dari Thailand pernah memakai pakaian kebangsaan bercirikan Tuk Tuk, Indonesia pernah memakai pakaian bercirikan Candi Borobudur dan Jepun memakai pakaian ninja samurai, apa salahnya kita meletakkan mercu tanda Malaysia dan bawa ia ke pentas dunia untuk dilihat.
Menurut Rizman menerusi Harian Metro, rekaan pakaian ini menggunakan lebih 100,000 berlian perak pelbagai jenis dilakukan dengan teliti bermula dari idea, konsep sehinggalah pembuatannya. "Beratnya pun sudah lebih 10 kilogram dan menara itu perlu direka sesuai dengan keselesaan Kiran apabila memperagakannya nanti. Kami mahu dia berjalan dengan megah di pentas dan pada masa sama selesa."
Dengan adanya Menara KLCC dipikul Kiran Jassal dihadapan 110 jelitawan lain serta para penonton, diharapkan Malaysia boleh memenangi kategori pakaian terbaik.'Baju KLCC' ini turut mendapat perhatian netizen. Ada yang memuji dan tidak kurang juga yang membuat jenaka.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024