News
Menara M, Pencakar Langit Kedua Tertinggi Di Dunia?
Beberapa tahun daripada sekarang Menara Exchange 106 bukan lagi menara atau bangunan tertinggi di Malaysia. Ini kerana terdapat dua lagi bangunan yang dijangka dibangunkan menjelang 2020-2030.
Sebelum ini kita diberitahu mengenai pembinaan menara PNB 118 atau nama asalnya warisan merdeka. Bangunan ini bakal dibina dengan ketingggian 682 meter.
Ketinggian ini sekali gus membenam Menara Exchange 106 yang hanya sekadar 492 meter. Untuk rekod KLCC dibina dengan ketinggian 452 meter.
Namun, persaingan membina pencakar langit ini tidak terhenti di situ kerana ada satu lagi bangunan baru akan dibina.
Menurut Edgeprop, satu lagi menara dikenali sebagai Tower M bakal dibina menjelang 2030.Menara ini dibina dengan ketinggian 700 meter membabitkan 145 tingkat, sekali gus menjadikan ia sebagai menara paling tinggi di Malaysia dan kedua di dunia selepas Burj Khalifa (828 meter).
Difahamkan, bangunan ini dibina bersebelahan stesen MRT Timur KLCC yang merupakan sebahagian daripada projek MRT2.
Sekiranya pembinaan Menara Tower M siap dibina sekitar tahun 2030, Menara Tower M bakal menjadi menara tertinggi Malaysia.
Must-Watch Video