Tarikh hari ini, 8 Mac, menyentuh hati rakyat Malayia apabila empat tahun yang lalu, pesawat Malaysia Airlines, MH370 yang sedang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing dilaporkan hilang dan semua 239 penumpang dan anak kapal diisyitihar terkorban.

Pesawat Boeing 777 itu didapati hilang daripada radar apabila berlepas pada jam 12.41 pagi dan sepatutnya dijangka tiba di Beijing pada jam 6.30 pagi. MH370 dikatakan antara kes paling misteri penerbangan dunia.

Pada 29 Januari, kerajaan Malaysia mengisytiharkan kehilangan pesawat MH370 sebagai nahas kemalangan di bawah peraturan penerbangan antarabangsa dan kesemua 239 penumpang serta anak kapal dianggap terkorban.

Namun pada 10 Januari 2018 sebuah misi pencarian menggunakan khidmat Ocean Infinity, sebuah firma penerokaan dasar laut Amerika Syarikat untuk menjejaki pesawat itu telah bermula. Misi ini membabitkan 65 kru atas kapal itu termasuk 2 anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sebagai wakil kerajaan Malaysia dan setakat ini, kapal Seabed Constructor menjalankan pencarian merangkumi kawasan seluas lebih 16,000 kilometer persegi.

Perkembangan terkini tentang siasatan MH370 akan disiarkan hari ini pada jam 3 petang di TV RTM1.

Harapan, kata-kata semangat dan doa turut diluahkan kepada anggota keluarga dan waris pesawat itu menerusi ruangan status dan komen-komen netizen di media sosial.