News
Mentaliti Kelas Ketiga, Adakah Malaysia Belum Bersedia?
Minggu lalu, ‘port’ bagi pembaca tegar iaitu BookXcess telah mula dibuka kepada orang ramai.
Apa yang membezakan dengan kedai buku lain, BookXcess adalah satu-satunya kedai buku yang beroperasi 24 jam. Malah saiz premis berkeluasan 37,000 kaki persegi dianggap sebagai ‘syurga’ buat ulat buku di luar sana.
Itu berita baik, namun tidak sampai seminggu, muncul pula satu berita tidak menyenangkan dan ia membabitkan sesetengah mentaliti rakyat Malaysia yang disifatkan sebagai kelas ketiga.
Tabiat negatif itu didedahkan pengguna Twitter dikenali sebagai Syarah Basirah. Menerusi tweet gadis ini, dia kecewa dengan sikap pelanggan yang menganggap kedai buku terbabit sebagai perpustakaan awam.Manners people manners. This is not a public library, this is a bookstore. Even if this is a library, you should have the responsibility to put them back from where you take it ??♀️ #tamarindsquare pic.twitter.com/3QA3h6XuIh— Syarah Basirah (@SyarahBasirah) June 2, 2018
Jika ya sekali pun, ia tidak bermaksud kesemua buku yang dibaca patut dibiarkan berselerak begitu saja.
BUKAN SAJA BUKU, BOTOL AIR PUN DIBIARKAN
Selain buku terdapat juga bekas botol dan makanan plastik yang ditinggalkan begitu saja. Situasi begini bukanlah baru di Malaysia. Lihat saja nasib perkhidmatan basikal oBIKE.
Persoalannya, adakah Malaysia belum bersedia untuk perkhidmatan begini? Anda yang tentukan.
Pada yang masih mempunyai mentaliti kelas atasan, BookXcess menawarkan lebih 500,000 buah buku yang dijual hingga 80% lebih murah dari harga pasaran.
Must-Watch Video