Hiburan
"Maaf Aku Tak Tahu Nak Tulis Apa Lagi, Aku Masih Speechless" - Wanita Ini Beri 9.9 / 10 Bintang Selepas Tonton PASKAL The Movie
Selepas tayangan awal PASKAL The Movie yang diadakan pada 21, 22 dan 23 September lalu, ramai penonton yang memberikan maklum balas positif terhadap filem tersebut.
Seorang wanita yang dikenali sebagai Nurul Hassanah menulis ulasan positif mengenai filem ini di laman Facebook miliknya.
Menariknya, ulasan Nurul ini telah menjadi tular di laman Facebook dan mendapat 11,000 perkongsian serta hampir 3,700 komen.
"MasyaAllah! This is what I can say after watching the PASKAL film. Aku jujurnya tidak mengenali siapa pengarah film ini, tapi oleh kerana adik beradik lelaki keluarga sebelah mak aku boleh dikatakan 70% mencari sesuap nasi dalam bidang ini, aku tertanya-tanya apa sebenarnya yang mereka lalui dalam kerjaya ini. Kenapa sebenarnya mereka pilih kerjaya ini.
"Keluarga mak aku besar. Atuk ada 2 isteri. Isteri pertama ada 11 anak. Isteri kedua juga ada 11. Total 22 orang semuanya. Pakcik-pakcik aku dari kecil sudah muak hidup dalam hutan, sungai, bukit bukau, gelap, duri dan sebagainya bahkan mereka semua ini menjadi saksi saat kedatangan komunis menjajah tanah air kita. Apabila mereka berganjak dewasa, hampir semua daripada mereka memilih kerjaya sebagai tentera. Sama ada tentera laut mahupun darat.
"Aku pernah bertanya kepada isteri salah seorang pakcik aku yang tentera. Best ke dapat husband tentera? Nak tahu dia jawab apa? "Antara semua isteri di dunia, sebenarnya isteri para tentera lah yang paling tabah". Ramai antara mereka yang tanggung rindu apabila suami beroperasi berbulan lamanya, belum ditambah lagi saat menguruskan kandungan sorang-sorang. Inikan lagi menanggung rindu pada mereka yang syahid!
"Mungkin aku tak duduk dan tak lalui situasi beliau tapi bila aku menonton film PASKAL aku nangis weh! Air mata aku jatuh lebih dari 5 kali. Sampaikan hujung lengan baju dah basah sangat. Aku juga semakin faham mengapa pakcik-pakcik aku tidak BERHENTI untuk bekerja walaupun gaji tidaklah seberapa. Kes di Lahad Datu Sabah, pakcik-pakcik aku semua turun padang. Kami yang beragama islam non-stop buat solat hajat untuk keselamatan mereka.
"Aku sendiri kelu andai disuruh untuk memilih keluarga atau negara. Ya, memang ramai yang tidak faham kerjaya ini. Ada mak ayah yang suruh anak-anak untuk stop. Ada isteri yang yang suruh suami untuk stop. Tapi mengapa mereka berdegil untuk meneruskan? Semua terjawab dalam film ini. Dicampak, dipekik dimaki, dipukul, ditendang, diludah, diberi ancaman bunuh sekalipun mereka tetap berjuang demi negara. MasyaAllah!
"Maaf, kerana review ini aku relatekan dengan family aku kerana aku baru faham situasi, peranan, tanggungjawab, kehendak dan niat mereka yang memilih kerjaya ini. Sesungguhnya aku benar-benar speechless. Aku doakan semoga mereka yang memilih kerjaya ini mendapat syurga yang tertinggi di akhirat kelak.
"Hakikatnya apa yang ditayangkan dalam film PASKAL hanyalah sebahagian daripada sedikit rutin dan kehidupan harian mereka. Aku yakin dan percaya ada lagi cabaran yang lebih mencabar untuk mereka. Secara keseluruhannya semua barisan pelakon memainkan peranan masing-masing, mantap, hebat, power, memang dasyat boleh dikatakan hampir tak percaya yang ini merupakan film tempatan. Tempat shooting semua menarik.
"Tiada pembaziran minit. Ada part kelakar, ada part sedih dan sayu, ada part benci geram nak marah dan kalau boleh kau sendiri nak masuk kat dalam sebagai pelakon tambahan. Sebab geram sangat. Kalian juga akan jumpa skill dan latihan yang menarik dalam team PASKAL. Tidak keterlaluan rasanya, jika aku katakan bahawa aku tidak boleh bernafas dengan baik selepas melihat latihan-latihan PASKAL.
"Maaf aku tak tahu nak tulis apa lagi aku masih speechless korang wajib tonton. Congratulations to Adrian Teh & team PASKAL. Overall aku bagi 9.9/10," tulis Nurul.
Rata-rata netizen yang sudah menonton filem PASKAL The Movie ketika tayangan awal bersetuju dengan pendapat Nurul.
Malah, ada juga penonton yang teruja dan tidak sabar untuk menantikan tayangan filem ini.
PASKAL The Movie berkisarkan mengenai kisah kejayaan anggota elit Pasukan Khas Laut (PASKAL), Tentera Laut Diraja Malaysia dalam Misi Pengaman PBB di Angola pada 1998 dan misi merampas kapal dagang MT Bunga Laurel daripada lanun Somalia di Teluk Aden pada 2011.
Diinspirasikan dari kisah benar, filem ini dijayakan oleh barisan pelakon hebat seperti Hairul Azreen, Ammar Alfian, Hafizul Kamal, Taufiq Hanafi, Gambit Saifullah, Theeban G, Henley Hii, Jasmine Suraya Chin dan ramai lagi.
Jom, dapatkan tiket anda dan jangan lepaskan peluang untuk sama-sama menyaksikan pertempuran PASKAL The Movie di medan pawagam!
Must-Watch Video