Mulai Isnin lepas, Uber mengenakan kadar tambang rata 99 sen kepada semua perjalanan kurang dari empat kilometer (km) di kawasan Lembah Klang.
Tawaran yang akan berakhir pada 26 Februari ini tidak memerlukan kod promo dan sah walaupun pada waktu puncak, tetapi hanya untuk perjalanan menggunakan UberX.
Bagaimanapun, tambang akan kembali dikira berdasarkan faktor "masa+jarak" seperti biasa semasa kesesakan lalu lintas teruk yang tidak dijangka. Tambang juga akan dibundarkan kepada RM1 sekiranya bayaran dibuat secara tunai.
Selain itu, Uber turut menawarkan untuk melanjutkan tawaran itu sekiranya pengguna berkongsi mengenai 'posting' di halaman Facebooknya.
Jika 'posting' dikongsikan sebanyak 1,000 kali, tawaran akan dilanjutkan untuk seminggu lagi, dan akan disambung kepada dua minggu bagi 2,000 perkongsian.
Namun, tawaran ini tidak sah bagi perjalanan antara KLIA dan KLIA2, perjalanan berjadual dan sekiranya pengguna mahu membuat beberapa perhentian.