NEWS

Orang Ipoh, Kome Dah Boleh Terbang Terus Ke JB!

Azwa Rahman 01/10/2018 | 07:27 MYT
Tahniah orang Ipoh, kini sudah ada penerbangan secara terus dari Johor Bahru ke Ipoh.

Penerbangan sulung menaiki Airbus A320 ini membawa 126 penumpang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai pada jam 7.30 pagi dan tiba di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS).

via GIPHY

Pesawat AK6082 selama 1 jam 10 minit ini disambut Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu, Exco Kerajaan Perak, Tan Kar Hing dan Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Perak, Zuraida Md Taib setibanya di Ipoh.

Kerajaan negeri Perak yakin perkhidmatan penerbangan yang beroperasi empat kali seminggu itu dapat meningkatkan jumlah pelawat ke negeri ini.

Penerbangan sulung JB - Ipoh
Hadir sama, Ahli Lembaga Pengarah Kumpulan AirAsia Berhad, Datuk Aziz Bakar; Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), Raja Azmi Raja Nazuddin.

Riad juga berkata, Ipoh merupakan destinasi yang dinantikan dalam rangkaian laluan penerbangan syarikat itu dan dengan pelancaran hari ini, menjadikannya laluan domestik ke-16 dari hab Johor Bahru.

#Travel #travel