News

"Orang Utan Kita Hilangkan, KLCC Kita Perjelaskan" - Kementerian Bakal Anjur Pertandingan Logo Baru

Hanafis Haris
14/08/2018
09:19 MYT
Sponsor Banner
"Orang Utan Kita Hilangkan, KLCC Kita Perjelaskan" - Kementerian Bakal Anjur Pertandingan Logo Baru
Masih ingat lagi logo Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2020? Ya logo yang mendapat kecaman hampir seluruh rakyat Malaysia selepas memaparkan imej Menara Berkembar Petronas (KLCC) dan Orang Utan, monyet bercermin mata dan penyu memakai cermin mata hitam.
Bagaimanapun anda kini boleh menarik nafas lega apabila Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Mohamaddin Ketapi mengumumkan perubahan terhadap logo terbabit.
Logo yang penuh kecaman. Lagi menariknya, satu pertandingan akan dibuka kepada orang ramai dalam masa terdekat.
Menurut Mohamaddin, logo terdahulu telah mendapat kecaman hebat dari netizen kerana dikatakan tidak cantik. Jelasnya, pihak kementerian tidak akan mengubah logo lama secara drastik, hanya terdapat satu dua elemen akan dikekalkan.
Hasil kreatif netizen. “Mungkin imej Orang Utan pakai kaca mata itu kita hilangkan. Imej KLCC pula kita perjelaskan,” katanya menerusi Mstar.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024