Perkara paling dirisaukan apabila memasuki penghujung tahun ini pastinya keadaan cuaca yang bakal melanda. Beberapa kawasan terutama yang berdekatan persisiran pantai antara yang berisiko tinggi.

Sebagai langkah awal, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah pun mengeluarkan satu aplikasi baru dikenali sebagai Info Bencana.
Secara mudahnya, aplikasi ini memaparkan maklumat terkini berkenaan bencana banjir, ribut petir, kebakaran, statistik mangsa bencana dan pusat pemindahan.

Sebaik memasuki aplikasi ini, anda boleh lihat paparan peta negara diikuti indikator yang dibahagikan mengikut warna.



Anda boleh memilih untuk melihat bencana banjir, tanah runtuh dan kebakaran.

Selain itu terdapat juga maklumat pusat pemindahan dan juga jumlah mangsa dan negeri yang terjejas.

Anda boleh muat turun di sini.