Harga petrol RON95 dan RON97 naik sebanyak 20 sen bermula tengah malam ini. Perkara tersebut disahkan Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Petronas Malaysia (PESAMP).

Menerusi kenaikan itu, harga baru RON95 ialah RM2.30 seliter manakala RON97 pula dijual pada harga RM2.60 sen seliter, seperti dilaporkan BH Online.

Bagi diesel, harga baru ialah RM2.15 seliter yang mengalami kenaikan sebanyak 10 sen. Kenaikan sama juga membabitkan Diesel Euro 5 pada harga RM2.25.