Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
NEWS

Plug-in: Anda Kini Boleh Bayar Secara Digital di R&R Ayer Keroh

Hanafis Haris 07/02/2018 | 05:22 MYT
Jika dulu aplikasi Boost lebih dikenali sebagai platform untuk menambah nilai prabayar telefon pintar. Namun, hari ini Boost menjadi medium pembayaran secara digital atau lebih popular dipanggil ‘cashless’.
Selepas digunakan secara meluas di universiti tempatan dan premis jualan termasuk gerai makan dan pasar malam, Boost melangkah setapak lagi dengan memasuki pasaran Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) di lebuh raya.
PEMBAYARAN LEBIH INOVATIF DI ERA DIGITAL
Tidak perlu wang tunai jika anda berhenti di R&R Ayer Keroh.
Menariknya, R&R Ayer Keroh di Melaka (arah Selatan) dipilih sebagai lokasi pertama penggunaan aplikasi ini.
Majlis dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Axiata Digital, Mohd Khairil Abdullah, Pengerusi PLUS Malaysia Berhad (PLUS), Tan Sri Mohd Sheriff Mohd Kassim bersama Pengarah Urusannya, Datuk Azman Ismail.
Menurut Azman, buat julung kalinya PLUS bekerjasama dengan Boost bagi menghasilkan platform pembayaran yang lebih inovatif.
Tambahnya, kerjasama ini membolehkan PLUS menembusi segmen digital sekali gus menjadikan misi membina masyarakat digital semakin tercapai.
Malah, beliau menegaskan amat penting untuk syarikat di luar sana agar mendekatkan diri dengan capaian teknologi memandangkan Malaysia semakin menuju ke arah era digital.
DIKUNJUNGI LEBIH 1.4 JUTA PENGGUNA
Dapatkan RM8 percuma apabila mendaftar.
Hampir setiap hari lebuh raya PLUS dikunjungi lebih 1.45 juta pengguna membabitkan 24 stesen R&R kesemuanya.
Jumlah ini sekali gus menjadi lokasi terbaik untuk memulakan era digital PLUS.
“Kami memilih R&R Ayer Keroh di kilometer 209 arah Selatan sebagai yang pertama menggunakan pembayaran tanpa tunai.
“Melalui projek perintis ini, PLUS akan dapat mengukur dan menilai jawapan dari PLUS Business Partners dan pengguna lebuh raya untuk meningkatkan lagi inisiatif pembayaran tanpa tunai di lebuh raya,” katanya.
Untuk makluman anda lebih 800,000 pengguna telah berdaftar dengan aplikasi Boost mambabitkan sekitar 5,000 lokasi di seluruh negara.
Bagi pengguna yang mahu menggunakan aplikasi ini, anda boleh muat turun Boost di App Store dan Play Store.
#Pembayaran