Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

Plug-In: Peranti Tiga Lensa Terbaru Daripada Huawei

Hanafis Haris
19/03/2018 07:29 MYT
Penghujung tahun lalu, Huawei Nova 2i diperkenalkan kepada pengguna di Malaysia dan jualan bagi peranti ini dikatakan amat memberangsangkan.
 
Dengan tagline 'selfie superstar', peranti ini berjaya menambat hati pengguna yang kebanyakannya mementingkan penggambaran swafoto dan penggunaan media sosial.
 
Hasilnya, Huawei kini merupakan pengeluar telefon pintar kedua terbesar di Malaysia.

TIGA LENSA LENGKAPI NOVA 2 LITE
 

Sambutan orang ramai ini juga membolehkan Huawei meluaskan segmen telefon pintar kelas pertengahan mereka menerusi Nova 2 Lite.
 
Nova 2 Lite dilengkapi spesifikasi hebat bagi kelas pertengahan disamping harga tawaran yang mampu milik.
 
Peranti ini dilengkapi dua lensa utama iaitu 13 Megapixel (MP) dan 2 MP bagi menghasilkan efek ‘bokeh’.
 
Kamera depan pula mempunyai lensa 8 MP dengan fungsi ‘toning flash’ bagi menghasilkan imej yang lebih asli.
 
Bagi aspek rekaan pula peranti ini menggunakan paparan penuh dikenali sebagai ‘FullView Display’.
 
Nova 2 Lite menggunakan skrin sebesar 5.99 inci dengan nisbah paparan 18:9.

HANNAH DELISHA KEKAL DUTA NOVA

 
Timbalan Pengarah Negara Perniagaan Pengguna Kumpulan (Malaysia) Huawei, Matthew Ng berkata, Huawei Nova 2 Lite dlengkapi semua fungsi dan pada masa sama tidak membebankan kewangan pengguna.
 
“Malah Huawei sekali lagi menampilkan selebriti Hannah Delisha sebagai duta bagi siri Nova,” katanya.
 
Model tiga lensa ini dilancarkan pada harga RM799.
#Gajet #Gajet