,
News

Punca Krisis Air Selangor Dikenalpasti, Bukti Kukuh Disabotaj

Elrafaei Sapi
24/10/2016
09:14 MYT
Krisis air yang berlaku di beberapa kawasan di Selangor terus berlanjutan apabila Loji Rawatan Air Sungai Semenyih ditutup akibat sungai tercemar.
Ketua Jabatan Komunikasi Korporat, Kumpulan Air Selangor, Amin Lin Abdullah dalam satu kenyataan semalam menyatakan beberapa kawasan di daerah Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang mengalami gangguan bekalan air sementara akibat penutupan loji itu selepas berlaku pencemaran bau air sungai pada jam 7:30 pagi, semalam.
Tambahnya, pencemaran bau air sungai disyaki berpunca daripada kawasan perindustrian Nilai, Negeri Sembilan. Kawasan terjejas adalah daerah Hulu Langat membabitkan Bangi, Bandar Bukit Mahkota, Kajang, Semenyih dan Rinching; daerah Kuala Langat iaitu Morib, Banting, Bandar Saujana Putra, Bandar Rimbayu dan Telok Panglima Garang.
Bagi daerah Petaling merangkumi kawasan USJ 1- 27, Puchong, Seri Kembangan dan Serdang manakala daerah Sepang iaitu Putrajaya, Cyberjaya, Bandar Nusa Putra, Putra Heights, Pulau Meranti, Kota Warisan, Bandar Bukit Puchong dan Sungai Merab.
Bagaimanapun, penghantaran bekalan air bantuan diuruskan menggunakan lori tangki ke kawasan terjejas dan premis kritikal seperti hospital dan pusat dialisis.
Sementara itu, Kerajaan Negeri Selangor mendakwa mempunyai bukti kukuh mengaitkan isu pencemaran kali ini mempunyai unsur sabotaj. Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyatakan pasukan pemantauan dianggotai pelbagai agensi termasuk Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan Air Selangor beroperasi 24 jam.
Katanya seperti dilaporkan Sinar Harian, Kerajaan Negeri Selangor tidak teragak-agak mengenakan tindakan ke atas pelaku yang membuat pencemaran sungai sekiranya bukti-bukti dapat disediakan.
Related Topics
Must-Watch Video
Berita

Gara-Gara Mahu Menang iPhone, 4 Individu Sanggup Bogel Depan Orang Ramai

gempak
31/08/2024
23:55 MYT
Perbuatan empat orang individu menanggalkan pakaian di hadapan orang ramai untuk mendapatkan peluang memenangi telefon pintar iPhone telah mencetuskan kemarahan di Russia.
Berita

Tiga Kanak-Kanak Ditahan, Serang Rumah Pakai Busur & Anak Panah

gempak
22/08/2024
23:25 MYT
Perbuatan tiga kanak-kanak lelaki yang menyerang sebuah rumah dengan menggunakan  busur dan anak panah mengundang perhatian orang ramai.
Berita

Akibat Tak Diajak Selfie, Lelaki Tergamak Cekik Kekasih

gempak
22/08/2024
21:22 MYT
Seorang pemuda berusia 20 tahun ditahan kerana mencekik kekasihnya di dalam lif selepas berang dia tidak diajak untuk merakam swafoto bersama-sama.
Berita

Diminta Hantar Makanan Ke Balai Polis, Pelanggan Rupa-Rupanya...

gempak
22/08/2024
14:55 MYT
Seorang penghantar makanan Thailand menempuh detik seram apabila menerima pesanan daripada seorang pegawai polis yang sudah meninggal dunia.
Berita

Buang trauma, Cut Intan Bawa Anak Ubati Mental

gempak
22/08/2024
10:06 MYT
Masih trauma dan mengalami lebam dipukul suami, pempengaruh Intan Cut Nabila kini fokus terhadap emosi dan mental dua anaknya yang sedang membesar.