Adele mengondol anugerah Album Terbaik bagi album 25 miliknya pada majlis Anugerah Grammy ke-59 yang berlangsung di Los Angeles hari ini.

Gambar: Getty

Pada acara anugerah berprestij Amerika Syarikat (AS) itu, Adele telah mengalahkan Lemonade (Beyonce), Purpose (Justin Bieber), Views (Drake) dan A Sailor’s Guide to Earth (Sturgill Simpson).

Bukan sahaja menang album terbaik, Adele turut memenangi kategori Rekod Terbaik, Lagu Terbaik, Persembahan Pop Solo Terbaik dan Album Pop Vokal Terbaik.

Dalam ucapannya, Adele memberi penghormatan kepada Beyonce dan merasakan album Beyonce, Lemonade lebih layak untuk memenangi anugerah tersebut. Kedua-dua penyanyi tersebut dilihat menangis kerana ucapan Adele yang menyentuh hati.


Di atas pentas juga, Adele dilihat mematahkan trofi Grammy yang diterima kepada dua bahagian dan menawarkan sebahagian trofinya itu kepada Beyonce yang berdiri di hadapannya.