NEWS
Rakyat Malaysia, Tangguh Sebentar Perjalanan Anda Ke India
Wisma Putra menasihati rakyat Malaysia agar menangguhkan perjalanan tidak perlu khususnya ke kawasan yang terkesan secara langsung dengan konflik yang melanda India dan Pakistan.

Menurut mereka lagi, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi dan Islamabad akan terus memantau situasi serta berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan bagi mendapatkan perkembangan terkini.
Ketegangan ini tercetus berikutan Pakistan menembak jatuh dua pesawat pejuang India di kawasan genjatan senjata yang menjadi pertikaian kedua negara, Kashmir.

Rakyat Malaysia yang akan berkunjung ke India boleh menghubungi Suruhanjaya Tinggi Malaysia sama ada di New Delhi atau Islamabad untuk pertanyaan lanjut.
Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia juga telah mengeluarkan amaran perjalanan membabitkan destinasi di Utara India selepas ketegangan antara India dan Pakistan memuncak.

Menerusi satu entri di Twitter rasmi @AirAsia, "Kami sedang memantau keadaan di Utara India dan sebarang impak ke atas perkhidmatan kami di Amritsar dan Srinagar.
Pelanggan disarankan untuk memantau status penerbangan mereka di sini untuk sebarang kemas kini.

Selain AirAsia, ada beberapa syarikat penerbangan yang menangguhkan dan menghentikan penerbangan mereka.
1. Indian Airlines
Menghentikan penerbangan ke Amritsar, Chandigarh, Dehradum, Jammu, Leh dan Srinagar.
2. Thai Airways
Menghentikan penerbangan dari dan ke Eropah antaranya London, Paris, Brussels, Milan, Vienna, Stockholm, Zurich, Copenhagen, Oslo, Franfurk dan Rom selepas Pakistan menutup ruang udaranya.
3. Emirates dan Qatar
Mengantung penerbangan ke Pakistan.
4. Singapore Airlines dan British Airways
Menukar laluan mereka untuk menghala ke Eropah.
Kali terakhir Pakistan dan India berperang singkat adalah pada 1999 di kawasan Himalaya.