Memasuki tahun baru tentunya ada di kalangan kita yang sedang berkira-kira menukar kereta lama kepada yang baru. Syarikat jualan kenderaan juga tidak melepaskan peluang memberi promosi istimewa buat pelanggan mereka sepanjang Disember ini. Jangan lepaskan peluang dengan tawaran menarik oleh Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua), Honda, Toyota dan Mitsubishi dengan tawaran rebat tunai sehingga RM10,000 dan hadiah eksklusif lain buat pelanggan bertuah.

Perodua memberi tawaran sehingga RM5,000. Empat model terlibat ialah Myvi 1.5 dengan tawaran pengurangan harga sehingga RM5,000 manakala Alza 1.5 sehingga RM3,000, Axia 1.0 sehingga RM1,200 dan untuk model Bezza 1.3 sehingga RM3,200. Sebelum ini Bezza dijual pada harga serendah RM37,300, Alza mulai RM55,332, Axia RM24,437.16 dan Myvi pula RM40,862.16.



(Kredit Gambar: Perodua)
Begitu juga dengan Toyota Malaysia yang menawarkan rebat tunai sehingga RM10,000 dan peluang memenangi Toyota Sienta sepanjang Disember ini selagi stok masih ada. Tiga model yang menawarkan rebat tunai maksima ialah Alphard, Vellfire dan Camry.
(Kredit Gambar: Toyota Malaysia)
Honda juga menawarkan bonus sehingga RM10,000 dan pelbagai hadiah eksklusif seperti tambah nilai kad Touch & Go dan rebat tunai buat anda! CR-V dan Accord, dua model yang memberi bonus maksima buat pelanggan.

(Kredit Gambar: Honda Malaysia)
Mitsubishi juga tidak ketinggalan menawarkan rebat tunai sehingga RM12,000 dan servis percuma untuk kenderaan baru terpilih. Antara model dengan tawaran menarik termasuklah Mitsubishi Attrage dengan bonus sehingga RM12,000, ASX 4WD menawarkan bonus sehingga RM10,000 dan model Triton MT dengan bonus sehingga RM9,000.

(Kredit Gambar: Mitsubishi Malaysia)
Mulakanlah tinjauan serta pandu uji kereta pilihan anda terlebih dahulu. Buatlah keputusan terbaik yang menguntungkan anda!